Saturday 22 December 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Pada 3 September 2012, ILP Marang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Besar. Sambutan daripada warga tempatan dan jabatan kerajaan di sekitar Marang amat menggalakkan,orang ramai telah hadir ke majlis tersebut. Kemeriahan Syawal yang turut dikongsi bersama secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara komuniti tempatan, kakitangan kerajaan daerah Marang dan warga ILP Marang amnya. Turut dijemput pelajar-pelajar Madrasah Dual Ikwan, Pondok Lubuk Pandan, Marang, Terengganu. YB Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar menjadi tetamu kerhormat menghadiri majlis ini di mana beliau merupakan perancang pembinaan Institut Latihan Perindustrian di daerah Marang.

No comments:

Post a Comment